Gempar!!! Tasha Shila Diburu Polis?

Pelakon wanita Tasha Shilla nyata terkejut dan kecewa dengan tuduhan melulu yang dibuat segelintir pihak yang mengatakan dia adalah antara 10 wanita tempatan yang disyaki terlibat dengan gadis peneman atau ‘Escort Girl’


Gempar!!! Tasha Shila Diburu Polis?

Ia susulan keratan akhbar daripada Harian Metro bulan lalu yang mengatakan pihak polis sedang memerhati pergerakan 10 gadis selebriti yang dikatakan menerima bayaran RM3,000 hingga RM10,000 untuk menjadi Escort Girl kepada VVIP. 

Tasha dalam temubual Melodi Ahad lepas menyangkal dakwaan tersebut. Dalam temubual itu, Tasha dengan tegas kalau ia mencemarkan namanya, dia akan mengunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan segala-galanya.

Dia juga mohon kepada semua tolong henti-hentikan tabur fitnah terhadap dirinya kerana ia boleh mendatangkan dosa kering kepada mereka.

Entahlah, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang kan?


0 Response to "Gempar!!! Tasha Shila Diburu Polis?"

Post a Comment